Wednesday, December 31, 2008

Save Palestine

KRONOLOGI KEPADA TRAGEDI 27 DISEMBER 2008

Januari 2006 - HAMAS membuat kejutan dengan memenangi pilihanraya Palestin dengan
membolot 77 kerusi berbanding Fatah 45 kerusi. Pilihanraya ini di anggap paling bersih oleh pemerhati PBB yang diketuai oleh mantan Presiden Amerika, Jimmy Carter. Walaubagaimanapun, Amerika yang tidak puas hati terhadap keputusan ini terus menubuhkan quatet yang terdiri dari Israel, Kesatuan Eropah dan Rusia mula mengenakan sekatan ekonomi keatas rakya t Palestin
Jun 2006 - Rejim Zionis mula melakukan serangan-serangan dengan melepaskan tembakan meriam ke Gaza menyebabkan ramai rakyat Palestin terbunuh. HAMAS bertindak balas dengan menawan seorang askar zionis dan membunuh dua yang lain.
1 Julai 2006 - Rejim Zionis mengganas dengan mengarahkan 5,000 tentera dan beratus kereta kebal ke Gaza. Serangan di Gaza mengakibatkan ramai warga Palestin terkorban terutama di Bondar Beith Lahiya dan infra struktur awam musnah. Beberapa hari lepas itu. rejim zionis mengganas pula di selatan Lubnan. Lebih 300 orang di Gaza dan 1,200 orang gi Lubnan terkorban
25 Mei 2007 - Sumber Keselamatan Diplomatik AI-Quds membongkar rancangan rahsia Dewan Kabinet kerajaan Israel. Mereka mensasarkan untuk membunuh 16 pemimpin politik(termasuk Perdana Menteri Ismael Haneya) dan ketenteraan Hamas yang berada di wilayah Palestin ataupun di luar. .
Jun 2007 - Pasukan bersenjata Fatah mengeluarkan kenyataan akan membunuh Perdana Menteri, Ismail Haniyeh. Akibatnya HAMAS terpaksa memerangi dan 'membersihkan' Gaza dari samseng upahan Fatah. Semua sempadan Gaza ditutup oleh rejim Zionis sebagai hukuman kepada rakyat Gaza. Bermulalah era sekatan bekalan makanan ke semenanjung Gaza. Presiden Abbas memecat semua wakil rakyat HAMAS dan mengistiharkan kerajaan baru Palestin dan melantik Salem Fayed sebagai Perdana Menteri baru. Kerajaan baru ini walaubagaimanapun tidak sah di sisi perlembagaan Palestin.
Ogos 2007 - Kakitangan kerajaan yang menyokong HAMAS dipecat kerja oleh Presiden Abbas. Disember 2007 - Ketua tentera Zionis berkata beliau hanya menunggu arahan untuk menyerang dan menakluk Gaza besar-besaran. Tentera Zionis membunuh 22 orang warga Palestin, memusnahkan rumah serta tanaman ladang mereka sehari sebelum perayaan Aidil Adha.
Januari 2008 - Keadaan di Gaza semakin meruncing. Serangan dilakukan oleh tentera Zionis di sempadan menyebabkan semakin ramai kematian di sempadan Gaza. Rejim Zionis mengarahkan sempadan ditutup terus. Gaza bergelap tanpa letrik selepas satu-satunya janakuasa letrik yang membekalkan letrik ke Gaza kehabisan bekalan minyak. Seramai 72 orang mati di sebabkan tiada bantuan perubatan asas.
23 Januari 2008 - Tembok Rafah dirobohkan oleh rakyat Palestin yang kebuluran. Lebih 350,000 rakyat Palestin menyerbu masuk Rafah untuk mendapatkan bekalan keperluan asas.
Jun 2008 - Gencatan senjata dimertai oleh HAMAS dan Israel hasil usaha Mesir. Walaubagaimanapun, terma gencatan senjata ini sangat kabur. HAMAS menjangkan bahawa dengan termetrainya gencatan senjata ini maka sekatan sempadan Gaza akan dibuka semula. Walaubagaimanapun Israel terus menerus menutup sempadan Palestin dari dunia luar dan mengawal kemasukkan barang keperluan. Ini menyebabkan rakyat Palestin mula kebuluran.
4 November 2008 - Gencatan senjata berjalan lancar sehingga tentera rejim Zionis menceroboh sempadan Gaza dan memusnahkan apa yang didakwa terowong yang digali oleh HAMAS.
5 November 2008 - Rejim Zionis menutup terus sempadan keluar masuk Gaza. Menurut Oxfam International, dari 5 hingga 30 November 2008, hanya 23 trak membawa barang keperluan saja dibenarkan masuk (purata trak setiap bulan adalah 3.000 buah) iaitu hanya 6% dari keperluan rakyat.
Awal Disember 2008 - Gencatan senjata HAMAS-Israel tamat. HAMAS enggan meneruskan gencatan senjata kerana mendakwa Israel telah mencabuli gencatan dengan melakukan beberapa serangan keatas wilayahnya. Disamping itu, situasi di Gaza semakin meruncing dengan 1.5 juta rakyatnya kebuluran tanpa keperluan asas seperti bahanapi dan ubat-ubatan akibat sekatan sempadan yang dilakukan oleh Zionis Israel.
19 Disember 2008 - HAMAS melancarkan serangan roket ke wilayah Israel menyebabkan seorang terbunuh dan enam lain cedera. Liputan besar dibuat di media Amerika selama dua hari berturut-turut tentang serangan ini. (dari 2001. laman web melapurkan hanya 20 orang terbunuh)
20 Disember 2008 - Jurucakap HAMAS. Fauzi Barhoum berkata Rejim Zionis meminta restu dari para sekutunya untuk menyerang Gaza
27 Disember 2008 - Rejim Zionis mengarahkan kapalterbang F16 serta helicopter Apachenya melakukan serangan secara besar-besaran ke seluruh jalur Gaza (pada awalnya. pengumuman dibuat menyatakan serangan akan dibuat pada Ahad. 28 Disember 2008). Serangan dilakukan serentak ke lebih 30 sasaran yang didakwa sebagai base HAMAS.
29 Disember 2008 - Warga Palestin yang cedera mula menyeberangi sempadan di Rafah untuk mendapatkan rawatan. Amerika menyatakan sokongan kepada Israel dengan menyatakan 'HAMAS telah menunjukkan belangnya sebagai sebuah pertubuhan pengganas'. Harga minyak naik semula akibat dari pergolakkan di Palestin.... (ada yang mengaut untung dari kesengsaraan rakyat Palestin!) 10 Februari 2009 - Pilihanraya Israel. Adakah ini propaganda Menteri Pertahanan. Ehud Barak dan Menteri Luar Tzipi Uvni untuk menunjukkan kekuatan kepada rakyat Israel untuk mereka merebut jawatan Perdana Menteri? Malang sungguh rakyat Palestin. darah mereka terlalu murah untuk dijadikan undian bagi memilih siapa Perdana Menteri Israel yang baru .

Bantulah rakyat Palestin yang tertindas. Dermalah kepada
Nama Akaun: TABUNG DANA PALESTIN, PERTUBUHAN JAAMAH ISLAH MALAYSIA
No. Akaun Bank Islam : 01041010031695

Tuesday, November 11, 2008

Ummah

I pray for the ummah in unity again and let us bring glory to Islam

Mu'allim

Peace be upon him

Let's hear her story about Islam

Why I choose Islam

Monday, October 27, 2008

Doa Taubat - Madrasah Al Junied

I bow and sujud (prostration) only to Allah, Al Rahman Al Rahim, asking for His forgiveness and mercy.


Raihan - Sesungguhnya

One of my favorite nasyid songs.




Monday, July 14, 2008

Surah Al Mulk



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah

5. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,

8. hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?"

9. Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar."

10. Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala."

11. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

13. Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

14. Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?

15. Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

16. Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?,

17. atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?

18. Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.

19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.

20. Atau siapakah dia yang menjadi tentara bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah Yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah dalam (keadaan) tertipu.

21. Atau siapakah dia yang memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?

22. Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?

23. Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati." (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.

24. Katakanlah: "Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan."

25. Dan mereka berkata: "Kapankah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar?"

26. Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."

27. Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, muka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan dikatakan (kepada mereka) inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya.

28. Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersama dengan aku atau memberi rahmat kepada kami, (maka kami akan masuk syurga), tetapi siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari siksa yang pedih?"

29. Katakanlah: "Dia-lah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakkal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata."

30. Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?."